Saya terlupa kata laluan Laman Pedagang saya

Untuk memulihkan kata laluan Laman Pedagang anda, sila ikut pautan ini.

Anda boleh mendapatkan semula kata laluan dengan salah satu dari berikut:

  • Alamat emel

  • Nombor telefon

Untuk menukar kata laluan melalui emel, sila masukkan alamat emel yang digunakan untuk pendaftaran Laman Pedagang anda dan klik butang "Sahkan":

1.bmp

Selepas itu, anda akan menerima emel yang mengandungi pautan pemulihan kata laluan. Klik pada pautan tersebut. Anda akan dilencong ke halaman di mana anda boleh memasukkan kata laluan Laman Pedagang anda yang baru dan kemudian mengesahkannya:

2.bmp

Untuk menukar kata laluan menggunakan telefon, masukkan nombor telefon yang telah disahkan di Laman Pedagang anda dan klik butang "Sahkan".

Selepas itu, anda akan menerima kod yang dihantar ke nombor telefon yang dinyatakan tadi. Silakan masukkan kod yang diterima di ruangan "Pemulihan kata laluan", dan klik "Sahkan". Anda akan dilencongkan ke halaman di mana anda boleh memasukkan kata laluan Laman Pedagang anda yang baru dan kemudian mengesahkannya.

Kata laluan Kawasan Pedagang anda telah diubah! Sekarang anda boleh log masuk ke Laman Pedagang anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: